Tujuan "Showcase Pra" di adakan setiap penggal adalah untuk mendekatkan ibubapa dan penjaga dengan suasana prasekolah, mengetahui perkembangan dari segi akademik, sosial, kreativiti dan lain-lain. Ibubapa dan penjaga juga di beri kesempatan melihat hasil kerja anak-anak mereka dan bermuzakarah dengan guru-guru serta ibubapa dan penjaga yang lain.
Seramai 25 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan ke Taman Warisan Tasek Merimbun, Tutong pada 12 Jun 2013. Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 8 Jun 2013 di Kompleks Sukan Serbaguna Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 24 orang peserta. Sebanyak 3 pingat perak di perolehi oleh peserta SRKB iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan 100m lelaki. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria. Tahniah kepada peserta yang berjaya. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan olahraga. AKTIVITI SPEED MATHS CHALLENGE SERTA INDUKSI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT- 4 JUN 20136/12/2013 Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 29 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Pasukan Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB berjaya menewaskan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 5 - 2. Pasukan SRKB telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring tahun ini. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Daerah Belait. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2013. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat. |