Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi ATDDB. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai Tentera Darat, melihat jenis-jenis peralatan ATDDB, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan dan sebagainya.
Rombongan juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari setiap seksyen di ATDDB. Taklimat yang disampaikan juga ada menyentuh keselamatan yang dipratikan semasa bertugas. Pelajar-pelajar juga di beri peluang untuk menggunakan peralatan seperti senapang dan sebagainya. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.