Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi ATUDB. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai Tentera Udara, melihat jenis helikopter dan kapal terbang ATUDB, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan dan sebagainya.
Rombongan juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari setiap seksyen di ATUDB seperti PATDU (Bahagian terjun payung) dan sebagainya. Taklimat yang disampaikan juga ada menyentuh keselamatan yang dipratikan semasa bertugas. Pelajar-pelajar juga berpeluang menonton video mengenai ATUDB, melihat jenis-jenis pesawat dan peralatan-peralatan. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.