Dewan Ar Rayyan yang mula beroperasi pada hari itu telah di rasmikan oleh Cikgu Hajah Siti Ajijah binti Haji Abdullah, Pegawai Diperbantukan, Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait. Majlis Hafflu Ikhtitamil yang beerti majlis penutup sekolah telah di adakan di dewan Ar-Rayyan pada 26 November 2011. Pada hari tersebut Pelancaran Outreach Program dan juga Konvokesyen Pra Sekolah kali ke 2. juga di adakan. Tema Pelancaran Outreach Program ialah "6G's" yang bermakna "6 green". Seramai 23 orang murid Pra Sekolah telah mengikuti konvokesyen kali ke 2 bagi tahun 2011. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan tingkatkan lagi usaha di masa hadapan.
3 Comments
Program tersebut telah di adakan di Hua Ho Department Store Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. Seramai 3 orang murid telah mewakili SRKB mengikuti program ini dan telah pun berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah di ucapkan kepada Dyg Hafizah Norisha binti Helmy, Dyg Afiqah binti Hetta dan Dyg Nurhiqmah binti Tarmidi. MENANDATANGANI REKOD KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BAGI MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA 6 - 23 NOVEMBER 201111/22/2011 Penilaian berterusan dan peperiksaan bagi tahun 2011 sudah pun selesai dan tibalah masa nya untuk mengetahui keputusan anak-anak biskita. Tahniah bagi yang berjaya dan yang kurang berjaya, tingkatkan usaha pada tahun hadapan. Jumpa lagi pada Majlis Hafflu Ikhtitamil pada 26 November 2011. Sesi orientasi untuk Pra Sekolah tahun 2012 telah di adakan selama dua hari bermula dari 21 November hingga 22 November 2011. Seramai 31 orang murid telah mendaftar untuk kemasukkan Pra di Sekolah Rendah Kuala Belait. Seramai 85 orang murid rendah bawah dari Pra Sekolah, tahun 1 hingga tahun 3 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Mashhor Dairy Farm, Jerudong pada 17 November 2011. Di sana murid-murid dapat melihat dan belajar bagaimana susu segar di perolehi dan di proses. Jutaan terima kasih kepada Mashhor Dairy Farm di atas kesudian menerima lawatan dari sekolah kami dan memberi kami minum susu yang segar dari lembu-lembu di ladang! LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 5 KE MEGAMAS TRAINING COMPANY SDN BHD - 14 NOVEMBER 201111/13/2011 Murid-murid tahun 5 telah membuat lawatan sambil belajar ke Megamas Company Training Sdn Bhd pada 14 November 2011. Seramai 28 orang murid dan 5 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Banyak yang dapat di pelajari dari lawatan tersebut, terutamanaya dari aspek keselematan di tempat kerja, sekolah mahu pun di luar. Jutaan terima kasih kepada Megamas Training Company Sdn Bhd di atas kesudian memberikan kami peluang keemasan ini. Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Galeri Kesihatan, Berakas, Royal Regalia, Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Brunei pada 8 November 2011. Seramai 81 orang murid, 9 orang guru dan 4 ahli PIBG telah mengikuti lawatan pada hari tersebut. Lawatan ke Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Daerah Belait adalah merupakan satu aktiviti luar murid-murid tahun 6 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Sijil Rendah pada tahun ini. Dengan adanya lawatan sebegini, murid-murid boleh menambah lagi pengetahuan dan pengalaman. Terima kasih kepada Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Belait kerana sudi memberikan kami peluang ini. |