Ceramah Maulidur Rasul telah di adakan pada 26 Februari 2011 di Dewan Serbaguna SRKB. Penceramah ialah Imam Zulhelmi bin Haji Md Jefri. Semua murid, guru-guru dan kakitangan mendengar ceramah yang di sampaikan.
7 Comments
Mesyuarat PIBG kali ke 2 telah di adakan pada 21 Feb 2011 di bilik taklimat SRKB pukul 4.00 petang. Agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah Sukan Ria SRKB 2011 dan Sukan RIa PIBG. Sukan Ria SRKB akan di adakan pada 12 Mac 2011 di padang mini SRKB manakala Sukan Ria PIBG akan di adakan pada 13 Mac 2011 di SR Sungai Teraban. MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE 27 - 14 FEBRUARI 20112/15/2011 Acara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam telah di jalankan pada 14 Februari 2011 di kawasan perbarisan pagi. Beberapa aktiviti juga di adakan sempena Hari Kebangsaan yang ke 27 ini, seperti aktiviti mewarna, melukis, tulisan dan quiz Hari Kebangsaan. Cikgu Noorirmawati dan Cikgu Fazlin dari Sekolah Rendah Merangking telah datang ke SRKB pada 10 Februari 2011, pukul 2.00 petang, untuk memberi taklimat mengenai pengendalian projek, "RASI". Terima kasih di atas taklimat dan kongsisama yang telah di sampaikan. Setiap hari Sabtu, sewaktu perbarisan pagi, guru-guru yang bertugas akan menjalankan aktiviti senamrobik selama 15minit. Selesai saja dari melakukan senamrobik, semua guru dan murid dari Pra sekolah hingga Tahun 6 di bawa berjalan kaki keluar dari kawasan sekolah menuju ke Tanjung dan masuk semula kawasan sekolah dari pagar belakang sekolah. Aktiviti ini sangat di gemari oleh murid-murid SRKB.
Pegawai Daerah Belait, Awg Matusin bin O.K Sura Haji Tuba, telah di jemput sebagai penceramah motivasi kepada guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Kuala Belait pada 8 Februari 2011. Majlis Penyampaian Sijil dan Lencana bagi Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah dan Prefek telah di adakan pada bulan Januari 2011 sewaktu perbarisan pagi. Tahniah kepada semua murid yang telah di lantik dan selamat menjalankan tugas-tugas. Malam Sehati Sejiwa di adakan pada 23 November 2010, di Kelab Panaga pukul 8.00 malam. Semua guru dan kakitangan telah hadir untuk membuat persembahan mengikut kumpulan dan menikmati jamuan untuk menutup tirai 2010. |