KOKURIKULUM Sekolah Rendah Kuala Belait bagi tahun 2012
Guru Kanan Kokurikulum ~ Cikgu Azlan bin Othman
Kegiatan dan aktiviti –aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam perkembangan menyeluruh murid-murid. Oleh itu, bahagian kokurikulum Sekolah Rendah Kuala Belait pada tahun ini telah merancang aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan untuk pihak sekolah.
Diharap penyediaan aktiviti kokurikulum ini akan dapat melatih dan mengajar murid-murid sesuatu kemahiran dan menanam nilai-nilai murni dan sikap bermasyarakat dan juga untuk mengajar murid-murid merancang beriadah yang sihat dan selamat.
Diharap penyediaan aktiviti kokurikulum ini akan dapat melatih dan mengajar murid-murid sesuatu kemahiran dan menanam nilai-nilai murni dan sikap bermasyarakat dan juga untuk mengajar murid-murid merancang beriadah yang sihat dan selamat.
Objektif dan Tujuan
Program aktiviti-aktiviti ini bertujuan supaya:
- Pihak sekolah dapat memberi latihan kemahiran yang cukup kepada murid mengikut kelab masing-masing.
- Murid-murid akan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.
- Pihak sekolah akan dapat mengesan dan melahirkan murid-murid yang berpotensi dalam bidang masing-masing dan seterusnya boleh dipilih untuk mewakili pasukan sekolah ataupun daerah.
- Murid-murid akan dapat melahirkan minat untuk mengikuti aktiviti dan kegiatan kokurikulum untuk kesihatan diri.
Garis Pandu
Bahagian kokurikulum telah membahagikan murid-murid kepada dua bahagian iaitu:
i. Bahagian Rendah Bawah (Tahun 1 hingga 3)
ii. Bahagian Rendah Atas (Tahun 4 hingga 6)
i. Bahagian Rendah Bawah (Tahun 1 hingga 3)
- Murid-murid Rendah Bawah akan melakukan aktiviti mengikut jadual yang telah disediakan.
- Aktiviti ini akan dijadikan sama ada didalam darjah ataupun ditempat-tempat yang telah dijadualkan.
- Aktiviti akan dikendalikan oleh guru pengawas yang terdiri daripada guru darjah masing-masing dan juga dibantu oleh guru ugama bagi aktiviti keugamaan.
ii. Bahagian Rendah Atas (Tahun 4 hingga 6)
- Murid-murid Rendah atas akan dipilih untuk menyertai kelab-kelab yang telah disediakan mengikut kemahiran dan minat mereka.
- Kelab-kelab ini akan dikendalikan oleh guru pengawas yang telah dipertanggungjawabkan.
Jadual Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum sekolah akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Semua murid dan guru akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian.
Aktiviti kokurikulum ini akan bermula selepas sahaja selesai sesi senamrobik secara beramai-ramai (waktu perbarisan pagi).
- Bagi Rendah Bawah diadakan bermula pada jam 07 40 pagi hingga 08 10 pagi (30 minit).
- Bagi Rendah Atas akan bermula pada jam 07 40 pagi hingga 08 10 pagi ( 30 minit).
Aktiviti kokurikulum ini akan bermula selepas sahaja selesai sesi senamrobik secara beramai-ramai (waktu perbarisan pagi).
Senarai Kelab Dan Guru Pengawas Bagi Aktiviti Kokurikulum Murid Rendah Atas
1
|
Bola sepak
|
Ustaz Sharul Affendi Bin Morney
Azlan Bin Othman Redzuan Bin Hj Mohd Yunos |
Padang sekolah
|
2
|
Bola Jaring
|
Yussma Binti Yusof
Kertinah Binti Hj Md Saat Norita binti Md Hashim |
Gelanggang bola jaring
|
3
|
Komputer
|
Khadijah Hj Ameran
Dk Nooralam Binti Pg Hj Zairin Hjh Arniza binti Haji Abdul Latif |
Makmal ICT 1 dan 2
|
4
|
Seni
|
Hjh Rozinani Binti Hj Zaini
Hjh Halimah Binti Hj Yusof Siti Ajijah Binti Hj Wasli |
Dewan Mini
|