Sukan Ria PIBG Zon Belait telah di adakan pada 11 Mac 2012 bertempat di SR PSJ Pg Abdul Momin, Kampong Pandan, Kuala Belait. 5 Buah Sekolah Rendah telah menyertai Sukan Ria tersebut, iaitu SR PSJ Pg Abdul Momin selaku tuan rumah, SR Ahmad Tajuddin, SR PSB SOAS, SR Sungai Teraban dan SR Kuala Belait. Beberapa acara telah di adakan seperti Iron team, tarik kalat, futsal berjalan kaki, acara VIP dan bola jaring. Juara keseluruhan pada hari tersebut ialah SR Ahmad Tajuddin.
3 Comments
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA OPERASI 'B' CAWANGAN DAERAH BELAIT - 13 DAN 14 MAC 20123/12/2012 Murid-murid Pra Sekolah, tahun 1 hingga tahun 3 telah membuat lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Operasi 'B' Cawangan Daerah Belait pada 13 dan 14 Mac 2012. Banyak yang dapat di pelajari dari lawatan tersebut, terutamanya dari aspek pencegahan kebakaran, keselematan di tempat kerja, sekolah mahu pun di luar dan juga perlatan-perlatan bersesuaian yang di gunakan oleh pihak berkenaan semasa bertugas. Jutaan terima kasih kepada Balai Bomba Operasi 'B' Cawagan Belait di atas kesudian memberikan kami peluang keemasan ini. |