Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 31 Mac 2012 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Perlawanan pertama Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Tali dan menang dengan jaringan 4 - 0. Perlawananan kedua Sekolah Rendah Kuala Belait bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Liang juga memperolehi kejayaan dengan jaringan 7 - 0. Perlawanan ketiga Sekolah Rendah Kuala Belait bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS juga memperolehi kejayaan dengan jaringan 8 - 0. Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 7 - 11. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait. Pemain tengah, Dayang Nurul Atikah binti Abdul Rahman telah di pilih sebagai Pemain Terbaik Bola Jaring Daerah Belait tahun 2012. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2012. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat.
13 Comments
|