Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 8 Jun 2013 di Kompleks Sukan Serbaguna Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 24 orang peserta. Sebanyak 3 pingat perak di perolehi oleh peserta SRKB iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan 100m lelaki. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria. Tahniah kepada peserta yang berjaya. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan olahraga.