Dewan Ar Rayyan yang mula beroperasi pada hari itu telah di rasmikan oleh Cikgu Hajah Siti Ajijah binti Haji Abdullah, Pegawai Diperbantukan, Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait. Majlis Hafflu Ikhtitamil yang beerti majlis penutup sekolah telah di adakan di dewan Ar-Rayyan pada 26 November 2011. Pada hari tersebut Pelancaran Outreach Program dan juga Konvokesyen Pra Sekolah kali ke 2. juga di adakan. Tema Pelancaran Outreach Program ialah "6G's" yang bermakna "6 green". Seramai 23 orang murid Pra Sekolah telah mengikuti konvokesyen kali ke 2 bagi tahun 2011. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan tingkatkan lagi usaha di masa hadapan.
3 Comments
Majlis Mini Konvokesyen Yang Pertama dan Penyampaian Hadiah Akademik Tahun 2010 - 20 November 201011/23/2010 Majlis Mini Konvokesyen Pra Sekolah yang pertama dan Penyampaian Hadiah Akademik Tahun 2010 telah diadakan pada 20 November 2010 pukul 8.00 pagi bertempat di dewan serbaguna Sekolah Rendah Kuala Belait. Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Cikgu Hjh Zaiton binti Hj Abdullah, Pemangku Penolong Pengarah Daerah Belait, Jabatan Sekolah Sekolah. |