Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 29 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Pasukan Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB berjaya menewaskan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 5 - 2. Pasukan SRKB telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring tahun ini. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Daerah Belait. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2013. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat. Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah tewas bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS, 1 - 2. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan sepak takraw.
Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait yang dikendalikan oleh Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 16 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong. Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki peringkat akhir, tewas bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Teraban,
2 - 3. Tidak lupa juga di ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahli PIBG sekolah yang banyak membantu melatih murid-murid untuk kejohanan tersebut, Awg Hetta binti Haji Tujoh. |