SRKB telah mengadakan Sukan Ria pada 16 April 2011 (Sabtu) bertempat di padang mini SRKB. Beberapa acara telah dijalankan yang melibatkan semua murid dari pra hingga tahun 6 dan tidak terkecuali acara-acara untuk ibubapa dan guru-guru.
50 Comments
Jerayawara memupuk kesedaran dikalangan anak-anak terhadap alam sekitar telah diadakan pada 9 Mei 2011 di Dewan Blok R, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Ibubapa telah di jemput untuk menghadiri jerayawara tersebut. Pegawai-Pegawai dari JASTRE, Awg Hj Md Zain bin Haji Yakub dan Haji Mohd Noor bin Haji Salleh telah menyampaikan taklimat "Reduce, Reuse and Recyle". Aktiviti mengutip, menggumpul dan mengasingkan sampah mengikut kumpulan telah di jalankan pada 27 April 2011 selepas waktu rehat. Aktiviti ini telah di jalankan oleh murid-murid tahun 3. Kejohanan tersebut di atas telah di jalankan pada 4 dan 5 April 2011 di SR Sungai Tali. SRKB telah tumpas pada SR PSB SOAS dengan jaringan 0 - 1. Sempena Hari Buku Sedunia, murid-murid SRKB membuat buku cerita di bilik perpustakaan. Semua murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah mengikuti aktiviti tersebut. |