Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 29 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Pasukan Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB berjaya menewaskan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 5 - 2. Pasukan SRKB telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring tahun ini. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Daerah Belait. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2013. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat.