Bertempat : Dewan Kemasyaratan, Kampung Pandan, Kuala Belait
Tuan rumah : SR PSB SOAS
Tetamu kehormat majlis pada hari tersebut ialah Yang Mulia, Hajah Zahrah Binti Abdullah, Pegawai Kenaziran, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Tertinggi Komiti MIB iaitu Cikgu Noor Aida Binti Hj Mohd Hassan, GB SR PSBSOAS, KB.
Penceramah dari Jabatan Pembangunan Masyarakat turut diundang untuk memberikan taklimat mengenai ceramah berunsurkan kekeluargaan.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan menarik daripada murid-murid SR Panaga.
Dyg Afiqah Binti Hetta iaitu pelajar Tahun 4 Bijak mendapat tempat kelima di dalam pertandingan projek tersebut.
Turut sama hadir di majlis tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang wakil PIBG dari setiap sekolah. Di antara ahli-ahli PIBG dari SRKB yang hadir ialah Timbalan Pengerusi PIBG, Awg Hj Mohd Zul Yakub bin Hj Ibrahim, Awg Hetta bin Haji Tujoh & isteri dan Dyg Norazalia Binti Abdullah. Di atas kehadiran mereka tidak lupa diucapkan berbanyak terima kasih.