The 4th National Spelling Competition for Primary Government Schools, Negara Brunei Darussalam is organized by the Primary Education Section, Department of Schools Ministry of Education. It was held on 26th May 2012 at Dewan Sukma Indra, Sekolah Rendah Rimba II. There are three main objectives of this competition. Firstly, this competition is hoped to develop the pupils' spelling ability and increase their English vocabulary. Secondly, it is to instill the pupils' love of reading English books and thirdly, to provide opportunities for every pupil in Year2 4 to 6 in all the Government Primary Schools to take part in such a competition. Dyg Nur Jeslina from SR Kuala Belait has won 3rd place. Congratulations!
4 Comments
Murid-murid tahun 5 dan 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Teknologi Melayu, Bubungan 12 dan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada 5 Jun 2012. Seramai 69 orang murid, 7 orang guru dan 6 ahli PIBG telah mengikuti lawatan pada hari tersebut. Lawatan sambil belajar tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menambah pengalaman. Seramai 12 orang murid telah menyertai Perlawanan Tarik Kalat Tradisi Bagi Daerah Belait pada 2 dan 3 Jun 2012, yang bermula dari jam 7.45 malam. Walaupun hanya mendapat tempat keempat, peserta-peserta telah memberikan yang terbaik. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada ahli PIBG, Awg Ariffin, yang banyak membantu melatih murid-murid bagi perlawanan tersebut. Antara tujuan acara Larian Langkah Sihat SRKB 2012 di adakan ialah untuk melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar nanti menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara dan juga memberi peluang kepada semua murid dan PIBG menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama. Pada hari tersebut, tujuh kategori di sediakan iaitu Kategori Melukis bagi murid Pra Sekolah, Kategori Larian Rendah Bawah Lelaki dan Perempuan, Kategori Larian Rendah Atas Lelaki dan Perempuan dan Kategori Larian PIBG lelaki dan Perempuan. Jauh larian bagi kategori Rendah atas dan PIBG ialah 2.4km manakala jauh larian bagi Rendah Bawah ialah 1.8km. Seramai 62 peserta dari Kategori PIBG lelaki dan perempuan telah mengikuti larian pada hari tersebut. Pada 26 Mei 2012, Sekolah Rendah Kuala Belait telah di kunjungi oleh tiga orang pegawai dari STEP. Pada hari tersebut juga murid-murid rendah atas membuat aktiviti-aktiviti seperti menonton filem "Jewel of the Quest" yang berkaitan dengan penjimatan penggunaan air, menjawab kuiz dan membuat "watering can" daripada botol minuman. |