Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 8 Jun 2013 di Kompleks Sukan Serbaguna Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 24 orang peserta. Sebanyak 3 pingat perak di perolehi oleh peserta SRKB iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan 100m lelaki. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria. Tahniah kepada peserta yang berjaya. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan olahraga.
5 Comments
Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 29 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Pasukan Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB berjaya menewaskan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 5 - 2. Pasukan SRKB telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring tahun ini. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Daerah Belait. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2013. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat. Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah tewas bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS, 1 - 2. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan sepak takraw.
Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait yang dikendalikan oleh Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 16 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong. Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki peringkat akhir, tewas bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Teraban,
2 - 3. Tidak lupa juga di ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahli PIBG sekolah yang banyak membantu melatih murid-murid untuk kejohanan tersebut, Awg Hetta binti Haji Tujoh. Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali ke-3 bagi sukan Bola Jaring telah di adakan di Stadium Padang dan Balapan, Bandar Seri Begawan pada 19 November 2012. 4 orang murid SRKB telah terpilih bagi mewakili sukan Bola Jaring Daerah Belait. Pada hari tersebut Daerah Belait telah bertemu dengan Daerah Temburong. Daerah Belait menang dengan jaringan 8 - 7. Tahniah kepada semua pemain yang terdiri dari murid-murid SR PSJ PAM dan SRKB. Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 19 Mei2012 di Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 28 orang peserta. Sebanyak 3 medal berjaya di perolehi iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan lempar cakera perempuan.Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSJ Pg Abdul Momin. Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 April 2012 di Komplek Sukan Mumong. Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki peringkat akhir. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSB SOAS. Tidak lupa juga di ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahli PIBG sekolah yang banyak membantu melatih murid-murid untuk kejohanan tersebut, Awg Hetta binti Haji Tujoh. Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 12 April 2012 di Dewan Batalion 3, Lumut. Seramai 6 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta-peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki ke peringkat akhir. Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 14 Mei 2012 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta-peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya untuk memasuki ke peringkat akhir dan mendapat tempat ketiga. Tahniah!
Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 31 Mac 2012 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Perlawanan pertama Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Tali dan menang dengan jaringan 4 - 0. Perlawananan kedua Sekolah Rendah Kuala Belait bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Liang juga memperolehi kejayaan dengan jaringan 7 - 0. Perlawanan ketiga Sekolah Rendah Kuala Belait bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS juga memperolehi kejayaan dengan jaringan 8 - 0. Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 7 - 11. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait. Pemain tengah, Dayang Nurul Atikah binti Abdul Rahman telah di pilih sebagai Pemain Terbaik Bola Jaring Daerah Belait tahun 2012. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2012. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat. |