Biro Kawalan Narkotik telah memberi taklimat yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 18 Februari 2013. Diharap dengan adanya taklimat sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid mengenai keburukan dadah. Murid-murid juga diberi peluang menjawab kuiz berkaitan dengan taklimat yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik, Dyg Norhayani dan Dyg Eve.
5 Comments
Tarikh : 8 Syaaban 1433 bersamaan 28 Jun, 2012
Bertempat : Dewan Kemasyaratan, Kampung Pandan, Kuala Belait Tuan rumah : SR PSB SOAS Tetamu kehormat majlis pada hari tersebut ialah Yang Mulia, Hajah Zahrah Binti Abdullah, Pegawai Kenaziran, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Tertinggi Komiti MIB iaitu Cikgu Noor Aida Binti Hj Mohd Hassan, GB SR PSBSOAS, KB. Penceramah dari Jabatan Pembangunan Masyarakat turut diundang untuk memberikan taklimat mengenai ceramah berunsurkan kekeluargaan. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan menarik daripada murid-murid SR Panaga. Dyg Afiqah Binti Hetta iaitu pelajar Tahun 4 Bijak mendapat tempat kelima di dalam pertandingan projek tersebut. Turut sama hadir di majlis tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang wakil PIBG dari setiap sekolah. Di antara ahli-ahli PIBG dari SRKB yang hadir ialah Timbalan Pengerusi PIBG, Awg Hj Mohd Zul Yakub bin Hj Ibrahim, Awg Hetta bin Haji Tujoh & isteri dan Dyg Norazalia Binti Abdullah. Di atas kehadiran mereka tidak lupa diucapkan berbanyak terima kasih. Ceramah Maulidur Rasul telah di adakan pada 20 Februari 2012 di Dewan Ar Rayyan SRKB. Penceramah undangan ialah Imam Zulhelmi bin Haji Md Jefri. Murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 serta guru-guru mendengar ceramah yang telah di sampaikan. Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Imam Zulhelmi bin Haji Md Jefri di atas kesudian untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Biro Kawalan Narkotik telah memberi ceramah yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 16 dan 18 Februari 2012. Dengan adanya ceramah sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid. Murid-murid juga berpeluang menjawab kuiz berkaitan dengan ceramah yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik. CERAMAH MOTIVASI TEKNIK BELAJAR BERKESAN (SQ3R) UNTUK MURID-MURID TAHUN ENAM - 28 JANUARI 20122/17/2012 Ceramah motivasi telah di adakan pada 28 Januari 2012 khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sijil Rendah pada bulan Oktober tahun ini nanti. Ceramah tersebut telah di sampaikan oleh seorang cikgu khas kaunselling iaitu Cikgu Hjh Zurahayatidah binti Ahmad dari Maktab Anthony Abell, Seria. Jutaan terima kasih Cikgu di atas memotivasikan murid-murid SRKB. Ceramah Motivasi telah di sampaikan oleh Cikgu Ali Yusri bin Haji Gafor pada 15 Mac 2011, pukul 2 petang di bilik taklimat SRKB. Ceramah pada hari tersebut bertajuk " Maintain kali ah...". Terima kasih kepada Cikgu Ali Yusri kerana sudi datang dan menyampaikan ceramah untuk kami di SRKB. Ceramah Maulidur Rasul telah di adakan pada 26 Februari 2011 di Dewan Serbaguna SRKB. Penceramah ialah Imam Zulhelmi bin Haji Md Jefri. Semua murid, guru-guru dan kakitangan mendengar ceramah yang di sampaikan. |