Bertempat : Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Daerah Belait
Jam : 2:00 hingga 4:00 petang
Keramaian rombongan : 19 guru, 2 kakitangan & 1 murid
Tujuan lawatan tersebut di adakan adalah untuk memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan kepada guru-guru dengan lebih dekat mengenai fungsi pengajaran dan pembelajaran murid-murid di Pusat Ehsan (Cawangan Daerah Belait).
Guru-guru juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari Pengurus Pusat Ehsan, Puan Hamimah Hj.Sapar mengenai keramaian tenaga pengajar dan murid-murid yang belajar di Pusat tersebut. Seterusnya, beliau menyajikan tayangan video bertujuan untuk memperlihatkan beberapa aktiviti menarik yang dilakukan oleh guru, ibubapa dan murid-murid di pusat tersebut. Pusat Ehsan mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi bagi murid sekolah rendah, manakala sesi petang bagi murid pra-vok.
Selain itu, guru dan kakitangan SRKB berpeluang untuk ikut serta di dalam aktiviti “yoga”yang diketuai oleh Mrs. Lee yang mana beliau mengajar “yoga” secara sukarela pada setiap hari Selasa dan Khamis. Sebelum berakhirnya lawatan, Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Risrani Binti Hj Abd Halim berkesudian untuk menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Pusat Ehsan Daerah Belait. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.