Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 19 Mei2012 di Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 28 orang peserta. Sebanyak 3 medal berjaya di perolehi iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan lempar cakera perempuan.Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSJ Pg Abdul Momin.
12 Comments
Sekolah Rendah Merangking telah mengunjungi ke Sekolah Rendah Kuala Belait pada 17 Mei 2012 jam 8.00 pagi. Seramai 17 murid dan 9 orang guru hadir pada hari lawatan tersebut. Objektif lawatan tersebut adalah untuk berkongsi hasil dapatan Projek "3R's" yang telah di jalankan di Sekolah ini. Murid-murid dari Sekolah Rendah Merangking di beri peluang membuat aktiviti "Waste Audit" seperti yang telah di jalankan oleh murid-murid Sekolah Rendah Kuala Belait. "Speed Maths Challenge" ialah antara aktiviti kesinambungan Program Akademik "Times Whizz". Objektif aktiviti ini ialah memberi peluang untuk bermain sambil belajar subjek Matematik dan juga memupuk sifat bekerjasama antara sesama rakan sekolah. Dalam aktiviti ini murid menyelesaikan soalan-soalan Matematik dari satu stesen ke stesen lain dalam masa yang di tentukan. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari peringkat Pra Sekolah hingga Tahun 6. Murid-murid juga di beri kesempatan untuk menjawab soalan Matematik secara lisan di dalam dewan Ar-Rayyan. Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat aktiviti sempena Hari Bumi dan Hari Buku Sedunia pada 5 Mei 2012. Beberapa aktiviti untuk murid memperingati Hari Bumi dan Hari Buku Sedunia juga telah diadakan seperti membuat lencana "Sayangi Bumi" dan menonton filem "Lorax". Penjualan buku-buku dari Syarikat-syarikat juga diadakan pada hari tersebut. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar enam peserta bagi pertandingan My Digital Literacy. Peserta dari Rendah Bawah ialah Dk Roselinda dari Tahun 1, Ak Abdul Ghafor dari Tahun 2 dan Nur Amirah Tahun 3. Manakala peserta-peserta dari Rendah Atas ialah Hafizah Norisha dari Tahun 4, Shafinaz dari Tahun 5 dan Nur Jeslina dari Tahun 6. Walaupun kedua-dua kumpulan telah tidak berjaya tetapi memberikan yang terbaik. Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 April 2012 di Komplek Sukan Mumong. Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki peringkat akhir. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSB SOAS. Tidak lupa juga di ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahli PIBG sekolah yang banyak membantu melatih murid-murid untuk kejohanan tersebut, Awg Hetta binti Haji Tujoh. Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 12 April 2012 di Dewan Batalion 3, Lumut. Seramai 6 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta-peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki ke peringkat akhir. We've all heard the mantra, "Reduce, reuse and recycle." You may wonder what it means or how to incorporate these principles into your daily life. It's not as complicated as you may think --- the "three Rs" all complement each other and together create a system that can shrink your household's carbon footprint. Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 14 Mei 2012 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta-peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya untuk memasuki ke peringkat akhir dan mendapat tempat ketiga. Tahniah!
|