Antara tujuan acara Larian Langkah Sihat SRKB 2012 di adakan ialah untuk melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar nanti menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara dan juga memberi peluang kepada semua murid dan PIBG menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama. Pada hari tersebut, tujuh kategori di sediakan iaitu Kategori Melukis bagi murid Pra Sekolah, Kategori Larian Rendah Bawah Lelaki dan Perempuan, Kategori Larian Rendah Atas Lelaki dan Perempuan dan Kategori Larian PIBG lelaki dan Perempuan. Jauh larian bagi kategori Rendah atas dan PIBG ialah 2.4km manakala jauh larian bagi Rendah Bawah ialah 1.8km. Seramai 62 peserta dari Kategori PIBG lelaki dan perempuan telah mengikuti larian pada hari tersebut.
9 Comments
|