Bertempat : Pejabat Telekom TelBru Brunei Berhad, Cawangan Mumong, Daerah Belait
Jam : 2:00 hingga 4:30 petang
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Bahagian TelBru Cawangan Daerah Belait iaitu Pg Hjh Zubaidah Binti Pg Hj Abas. Beliau kemudiannya menerangkan mengenai ahli jawatankuasa yang bertugas di pejabat berkenaan dan tugas-tugas yang mereka jalankan. Seterusnya, salah seorang pegawai di Telbru iaitu Awg Hj Md Zul Yakub Bin Hj Ibrahim telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai “Fibre Optic”.
Seramai 22 orang guru-guru dan kakitangan telah menghadiri sesi lawatan sambil menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan am ke Pejabat Telekom TelBru, Cawangan Mumong, Daerah Belait.
Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memperolehi maklumat dan penerangan dengan lebih jelas mengenai tugas dan peranan Telekom Telbru cawangan Daerah Belait.
Guru-guru dan kakitangan dibawa secara lebih dekat mengenai bagaimana proses wayar telefon rumah berfungsi dengan lebih terperinci. Sebelum lawatan berakhir, Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Risrani Binti Hj Abd Halim berkesudian untuk menyampaikan cenderahati kepada Ketua Bahagian TelBru Cawangan Daerah Belait iaitu Pg Hjh Zubaidah Binti Pg Hj Abas. Lawatan kerja ke TeLBru ini telah di usahakan oleh Cikgu Hjh Arniza binti Haji Abdul Latif.