0 Comments
Murid-murid Sekolah Rendah Kuala Belait juga terlibat pada hari keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 16 Julai 2012. Seramai 33 orang murid dari Tahun 5 terlibat dalam persembahan padang, 33 orang murid dari Tahun 4 dan 6 terlibat dalam perbarisan bunga manggar dan seramai 20 orang murid bahagian perbarisan pengibaran bendera. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.. Tarikh : 8 Syaaban 1433 bersamaan 28 Jun, 2012
Bertempat : Dewan Kemasyaratan, Kampung Pandan, Kuala Belait Tuan rumah : SR PSB SOAS Tetamu kehormat majlis pada hari tersebut ialah Yang Mulia, Hajah Zahrah Binti Abdullah, Pegawai Kenaziran, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Tertinggi Komiti MIB iaitu Cikgu Noor Aida Binti Hj Mohd Hassan, GB SR PSBSOAS, KB. Penceramah dari Jabatan Pembangunan Masyarakat turut diundang untuk memberikan taklimat mengenai ceramah berunsurkan kekeluargaan. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan menarik daripada murid-murid SR Panaga. Dyg Afiqah Binti Hetta iaitu pelajar Tahun 4 Bijak mendapat tempat kelima di dalam pertandingan projek tersebut. Turut sama hadir di majlis tersebut adalah terdiri daripada beberapa orang wakil PIBG dari setiap sekolah. Di antara ahli-ahli PIBG dari SRKB yang hadir ialah Timbalan Pengerusi PIBG, Awg Hj Mohd Zul Yakub bin Hj Ibrahim, Awg Hetta bin Haji Tujoh & isteri dan Dyg Norazalia Binti Abdullah. Di atas kehadiran mereka tidak lupa diucapkan berbanyak terima kasih. |