Lawatan ke tempat-tempat tersebut bertujuan menarik minat pelajar tentang kerjaya dalam bidang komunikasi elektronik, penyiaran atau sebagai seorang tentera. Di samping itu, lawatan tersebut dapat memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.
Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari pihak DSTComm dan juga dari ABDB Tentera laut. Pelajar juga berkesempatan bertemu bual dengan DJ dari Kristal FM iaitu DJ Yante, Dafi dan Tini. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada DSTComm, ABDB Tentera Laut dan juga Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan tangan yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Timbalan Pengarah "Shika" iaitu Dayang Sufina binti Haji Jumat yang telah memberi minuman dan bag setiap seorang dan menaja sebuah bas bagi lawatan pada hari tersebut.