Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tang ke 28 ini, SRKB telah mengadakan Sukan Ria bertemakan slogan Hari Kebangsaan iaitu "Negaraku Brunei Darussalam" pada 29 Februari 2012 di padang mini dan dewan Ar Rayyan SRKB. Beberapa acara sukan dan kuiz seperti halangan merdeka, merdeka 28, kuiz Bruneiku dan lain -lain lagi.
5 Comments
Perjumpaan PIBG kali pertama telah di adakan pada 28 Feb 2012 di Dewan Ar Rayyan SRKB jam 2.00 petang. Agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah Sukan Ria PIBG Zon Belait Tahun 2012. Sukan Ria PIBG Zon Belait akan di adakan pada 11Mac 2012 di SR PSJ PAM, Kampong Pandan (tuan rumah) bermula dari jam 7.30 pagi. Beberapa sukan dan permainan telah di atur oleh pihak tuan rumah, ibu bapa dan guru-guru bolehlah mendaftar untuk ikut serta. Daftar jangan tak daftar ;-) Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 22 Februari 2012 di padang Sekolah Rendah PSN Pengiran Muhammad Yusof, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin pada 22 Februari 2012. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 4 - 3. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSN Pengiran Muhammad Yusof, Seria. Ceramah Maulidur Rasul telah di adakan pada 20 Februari 2012 di Dewan Ar Rayyan SRKB. Penceramah undangan ialah Imam Zulhelmi bin Haji Md Jefri. Murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 serta guru-guru mendengar ceramah yang telah di sampaikan. Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Imam Zulhelmi bin Haji Md Jefri di atas kesudian untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Biro Kawalan Narkotik telah memberi ceramah yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 16 dan 18 Februari 2012. Dengan adanya ceramah sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid. Murid-murid juga berpeluang menjawab kuiz berkaitan dengan ceramah yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik. CERAMAH MOTIVASI TEKNIK BELAJAR BERKESAN (SQ3R) UNTUK MURID-MURID TAHUN ENAM - 28 JANUARI 20122/17/2012 Ceramah motivasi telah di adakan pada 28 Januari 2012 khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sijil Rendah pada bulan Oktober tahun ini nanti. Ceramah tersebut telah di sampaikan oleh seorang cikgu khas kaunselling iaitu Cikgu Hjh Zurahayatidah binti Ahmad dari Maktab Anthony Abell, Seria. Jutaan terima kasih Cikgu di atas memotivasikan murid-murid SRKB. |