Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah tewas bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS, 1 - 2. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan sepak takraw.
1 Comment
Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait yang dikendalikan oleh Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 16 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong. Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki peringkat akhir, tewas bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Teraban,
2 - 3. Tidak lupa juga di ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahli PIBG sekolah yang banyak membantu melatih murid-murid untuk kejohanan tersebut, Awg Hetta binti Haji Tujoh. Tarikh : 28 Jamadilawal 1434 bersamaan 9 April, 2013
Bertempat : Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Daerah Belait Jam : 2:00 hingga 4:00 petang Keramaian rombongan : 19 guru, 2 kakitangan & 1 murid Tujuan lawatan tersebut di adakan adalah untuk memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan kepada guru-guru dengan lebih dekat mengenai fungsi pengajaran dan pembelajaran murid-murid di Pusat Ehsan (Cawangan Daerah Belait). Guru-guru juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari Pengurus Pusat Ehsan, Puan Hamimah Hj.Sapar mengenai keramaian tenaga pengajar dan murid-murid yang belajar di Pusat tersebut. Seterusnya, beliau menyajikan tayangan video bertujuan untuk memperlihatkan beberapa aktiviti menarik yang dilakukan oleh guru, ibubapa dan murid-murid di pusat tersebut. Pusat Ehsan mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi bagi murid sekolah rendah, manakala sesi petang bagi murid pra-vok. Selain itu, guru dan kakitangan SRKB berpeluang untuk ikut serta di dalam aktiviti “yoga”yang diketuai oleh Mrs. Lee yang mana beliau mengajar “yoga” secara sukarela pada setiap hari Selasa dan Khamis. Sebelum berakhirnya lawatan, Penolong Guru Besar iaitu Cikgu Risrani Binti Hj Abd Halim berkesudian untuk menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Pusat Ehsan Daerah Belait. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 13 April 2013 di Seria Recreation Club, Panaga. Seramai 6 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSJ Pg Abdul Momin. Peserta kategori single lelaki dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya mendapat pingat gangsa. Tahniah kepada Muhammad Indra Ali bin Abdullah.
LAWATAN KERJAYA TAHUN 4 KE BATALION 3, ANGAKATAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI, LUMUT - 7 MAC 20133/8/2013 Seramai 40 pelajar dari Tahun 4 dan 3 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah mengadakan lawatan kerjaya ke Batalion 3, Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei, Lumut pada 7 Mac 2013.
Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi ATDDB. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai Tentera Darat, melihat jenis-jenis peralatan ATDDB, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan dan sebagainya. Rombongan juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari setiap seksyen di ATDDB. Taklimat yang disampaikan juga ada menyentuh keselamatan yang dipratikan semasa bertugas. Pelajar-pelajar juga di beri peluang untuk menggunakan peralatan seperti senapang dan sebagainya. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Seramai 37 pelajar dari Tahun 6 dan 5 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan kerjaya ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba pada 7 Mac 2013. Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi ATUDB. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai Tentera Udara, melihat jenis helikopter dan kapal terbang ATUDB, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan dan sebagainya. Rombongan juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari setiap seksyen di ATUDB seperti PATDU (Bahagian terjun payung) dan sebagainya. Taklimat yang disampaikan juga ada menyentuh keselamatan yang dipratikan semasa bertugas. Pelajar-pelajar juga berpeluang menonton video mengenai ATUDB, melihat jenis-jenis pesawat dan peralatan-peralatan. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29 ini, SRKB telah mengadakan beberapa aktiviti seperti aktiviti mewarna, melukis, tulisan dan quiz Hari Kebangsaan. Acara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam juga di jalankan di kawasan perbarisan pada hari tersebut. Setiausaha sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29 ialah Cikgu Rabi'atul Adawiyah binti Napre. Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 27 Februari 2013 di padang Sekolah Rendah Lumut. Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin pada 27 Februari 2013. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 5 - 3. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Lumut.
Biro Kawalan Narkotik telah memberi taklimat yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 18 Februari 2013. Diharap dengan adanya taklimat sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid mengenai keburukan dadah. Murid-murid juga diberi peluang menjawab kuiz berkaitan dengan taklimat yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik, Dyg Norhayani dan Dyg Eve. |