Murid-murid tahun 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Brunei Shell Petroleum Aviation Department, Anduki. Lawatan ini bertujuan memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna kepada murid-murid yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Sijil Rendah (P.S.R) 2011. Jutaan terima kasih kepada Brunei Shell Petroleum Aviations Department kerana memberikan kami kesempatan ini.
6 Comments
Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri telah digabungkan dan diraikan pada 29 September 2011 yang lalu. Pada hari tersebut bacaan doa tahlil bagi umat Islam yang telah kembali kerahmatullah dan doa selamat bagi ibubapa murid yang akan pergi menunaikan fardhu Haji juga di adakan. |