Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.
Seramai 25 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan ke Taman Warisan Tasek Merimbun, Tutong pada 12 Jun 2013. Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.
12 Comments
Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 8 Jun 2013 di Kompleks Sukan Serbaguna Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 24 orang peserta. Sebanyak 3 pingat perak di perolehi oleh peserta SRKB iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan 100m lelaki. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria. Tahniah kepada peserta yang berjaya. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan olahraga. |