AKTIVITI SPEED MATHS CHALLENGE SERTA INDUKSI GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT- 4 JUN 20136/12/2013
2 Comments
Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29 ini, SRKB telah mengadakan beberapa aktiviti seperti aktiviti mewarna, melukis, tulisan dan quiz Hari Kebangsaan. Acara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam juga di jalankan di kawasan perbarisan pada hari tersebut. Setiausaha sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29 ialah Cikgu Rabi'atul Adawiyah binti Napre. Murid-murid tahun 5 dan 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Teknologi Melayu, Bubungan 12 dan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada 5 Jun 2012. Seramai 69 orang murid, 7 orang guru dan 6 ahli PIBG telah mengikuti lawatan pada hari tersebut. Lawatan sambil belajar tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menambah pengalaman. Pada 26 Mei 2012, Sekolah Rendah Kuala Belait telah di kunjungi oleh tiga orang pegawai dari STEP. Pada hari tersebut juga murid-murid rendah atas membuat aktiviti-aktiviti seperti menonton filem "Jewel of the Quest" yang berkaitan dengan penjimatan penggunaan air, menjawab kuiz dan membuat "watering can" daripada botol minuman. "Speed Maths Challenge" ialah antara aktiviti kesinambungan Program Akademik "Times Whizz". Objektif aktiviti ini ialah memberi peluang untuk bermain sambil belajar subjek Matematik dan juga memupuk sifat bekerjasama antara sesama rakan sekolah. Dalam aktiviti ini murid menyelesaikan soalan-soalan Matematik dari satu stesen ke stesen lain dalam masa yang di tentukan. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari peringkat Pra Sekolah hingga Tahun 6. Murid-murid juga di beri kesempatan untuk menjawab soalan Matematik secara lisan di dalam dewan Ar-Rayyan. Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat aktiviti sempena Hari Bumi dan Hari Buku Sedunia pada 5 Mei 2012. Beberapa aktiviti untuk murid memperingati Hari Bumi dan Hari Buku Sedunia juga telah diadakan seperti membuat lencana "Sayangi Bumi" dan menonton filem "Lorax". Penjualan buku-buku dari Syarikat-syarikat juga diadakan pada hari tersebut. Program tersebut telah di adakan di Hua Ho Department Store Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. Seramai 3 orang murid telah mewakili SRKB mengikuti program ini dan telah pun berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah di ucapkan kepada Dyg Hafizah Norisha binti Helmy, Dyg Afiqah binti Hetta dan Dyg Nurhiqmah binti Tarmidi. |