Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.
Seramai 25 pelajar dan 4 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan ke Taman Warisan Tasek Merimbun, Tutong pada 12 Jun 2013. Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.
12 Comments
LAWATAN KERJAYA TAHUN 4 KE BATALION 3, ANGAKATAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI, LUMUT - 7 MAC 20133/8/2013 Seramai 40 pelajar dari Tahun 4 dan 3 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah mengadakan lawatan kerjaya ke Batalion 3, Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei, Lumut pada 7 Mac 2013.
Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi ATDDB. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai Tentera Darat, melihat jenis-jenis peralatan ATDDB, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan dan sebagainya. Rombongan juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari setiap seksyen di ATDDB. Taklimat yang disampaikan juga ada menyentuh keselamatan yang dipratikan semasa bertugas. Pelajar-pelajar juga di beri peluang untuk menggunakan peralatan seperti senapang dan sebagainya. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Seramai 37 pelajar dari Tahun 6 dan 5 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan kerjaya ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba pada 7 Mac 2013. Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi ATUDB. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai Tentera Udara, melihat jenis helikopter dan kapal terbang ATUDB, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan dan sebagainya. Rombongan juga berpeluang mendengar beberapa taklimat dari setiap seksyen di ATUDB seperti PATDU (Bahagian terjun payung) dan sebagainya. Taklimat yang disampaikan juga ada menyentuh keselamatan yang dipratikan semasa bertugas. Pelajar-pelajar juga berpeluang menonton video mengenai ATUDB, melihat jenis-jenis pesawat dan peralatan-peralatan. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Seramai 160 pelajar dan 15 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan ke Pusat Perhutanan Brunei, Sungai Liang pada 13 dan 14 November 2012. Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti luar pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir tahun dan PSR bagi pelajar tahun 6. Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Jofree bin Haji Ali Ahmad, Pegawai Pusat Perhutanan, Sungai Liang yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Muzuim Perhutanan dan Taman Rekreasi Hutan, Sungai Liang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Perhutanan Sungai Liang yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Seramai 72 pelajar, 6 guru dan 3 ahli PIBG dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan sambil belajar ke DST Headquarters, Markas Tentera Laut Diraja Brunei dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada 8 November 2012. Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti luar pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir tahun dan PSR bagi pelajar tahun 6. Lawatan ke tempat-tempat tersebut bertujuan menarik minat pelajar tentang kerjaya dalam bidang komunikasi elektronik, penyiaran atau sebagai seorang tentera. Di samping itu, lawatan tersebut dapat memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari pihak DSTComm dan juga dari ABDB Tentera laut. Pelajar juga berkesempatan bertemu bual dengan DJ dari Kristal FM iaitu DJ Yante, Dafi dan Tini. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada DSTComm, ABDB Tentera Laut dan juga Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan tangan yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Timbalan Pengarah "Shika" iaitu Dayang Sufina binti Haji Jumat yang telah memberi minuman dan bag setiap seorang dan menaja sebuah bas bagi lawatan pada hari tersebut. Murid-murid tahun 5 dan 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Teknologi Melayu, Bubungan 12 dan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada 5 Jun 2012. Seramai 69 orang murid, 7 orang guru dan 6 ahli PIBG telah mengikuti lawatan pada hari tersebut. Lawatan sambil belajar tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menambah pengalaman. Pada 26 Mei 2012, Sekolah Rendah Kuala Belait telah di kunjungi oleh tiga orang pegawai dari STEP. Pada hari tersebut juga murid-murid rendah atas membuat aktiviti-aktiviti seperti menonton filem "Jewel of the Quest" yang berkaitan dengan penjimatan penggunaan air, menjawab kuiz dan membuat "watering can" daripada botol minuman. Sekolah Rendah Merangking telah mengunjungi ke Sekolah Rendah Kuala Belait pada 17 Mei 2012 jam 8.00 pagi. Seramai 17 murid dan 9 orang guru hadir pada hari lawatan tersebut. Objektif lawatan tersebut adalah untuk berkongsi hasil dapatan Projek "3R's" yang telah di jalankan di Sekolah ini. Murid-murid dari Sekolah Rendah Merangking di beri peluang membuat aktiviti "Waste Audit" seperti yang telah di jalankan oleh murid-murid Sekolah Rendah Kuala Belait. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA OPERASI 'B' CAWANGAN DAERAH BELAIT - 13 DAN 14 MAC 20123/12/2012 Murid-murid Pra Sekolah, tahun 1 hingga tahun 3 telah membuat lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Operasi 'B' Cawangan Daerah Belait pada 13 dan 14 Mac 2012. Banyak yang dapat di pelajari dari lawatan tersebut, terutamanya dari aspek pencegahan kebakaran, keselematan di tempat kerja, sekolah mahu pun di luar dan juga perlatan-perlatan bersesuaian yang di gunakan oleh pihak berkenaan semasa bertugas. Jutaan terima kasih kepada Balai Bomba Operasi 'B' Cawagan Belait di atas kesudian memberikan kami peluang keemasan ini. Seramai 85 orang murid rendah bawah dari Pra Sekolah, tahun 1 hingga tahun 3 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Mashhor Dairy Farm, Jerudong pada 17 November 2011. Di sana murid-murid dapat melihat dan belajar bagaimana susu segar di perolehi dan di proses. Jutaan terima kasih kepada Mashhor Dairy Farm di atas kesudian menerima lawatan dari sekolah kami dan memberi kami minum susu yang segar dari lembu-lembu di ladang! |