Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 27 Februari 2013 di padang Sekolah Rendah Lumut. Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin pada 27 Februari 2013. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 5 - 3. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Lumut.
2 Comments
Biro Kawalan Narkotik telah memberi taklimat yang bertajuk seperti di atas untuk murid-murid tahun 5 dan 6 pada 18 Februari 2013. Diharap dengan adanya taklimat sebegini dapatlah memberi pendedahan awal dan menambahkan lagi pengetahuan murid murid mengenai keburukan dadah. Murid-murid juga diberi peluang menjawab kuiz berkaitan dengan taklimat yang di sampaikan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dari Biro Kawalan Narkotik, Dyg Norhayani dan Dyg Eve. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID CEMERLANG & KONVOKESYEN TAHUN 1434 / 2012 - 28 November 20122/3/2013 Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang & Konvokesyen telah di adakan di dewan Ar-Rayyan pada 28 November 2012. Pada hari tersebut Konvokesyen Pra Sekolah kali ke 3 dan Konvokesyen Murid Tahun 6 yang pertama juga di lancarkan. Seramai 36 orang murid Pra Sekolah telah mengikuti konvokesyen kali ke 3 bagi tahun 2012 dan 35 orang murid Tahun 6 mengikuti konvokesyen kali ke pertama di Sekolah Rendah Kuala Belait. Tetamu Kehormat pada hari tersebut iala Cikgu Abdul Malek Bin Datu Maharaja Setia Haji Muhd Simpok, Pemangku Penyelia Kanan Daerah Belait dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan tingkatkan lagi usaha di masa hadapan. |