Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Ramli, Pegawai dari Taman Warisan Tasek Merimbun, yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran dan juga Taman Kulimambang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Warisan Tasek Merimbun yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait.