Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 Mei 2013 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah tewas bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS, 1 - 2. Diharap pada tahun hadapan murid-murid akan lebih sukses dalam kejohanan sepak takraw.