0 Comments
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID CEMERLANG & KONVOKESYEN TAHUN 1434 / 2012 - 28 November 20122/3/2013 Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang & Konvokesyen telah di adakan di dewan Ar-Rayyan pada 28 November 2012. Pada hari tersebut Konvokesyen Pra Sekolah kali ke 3 dan Konvokesyen Murid Tahun 6 yang pertama juga di lancarkan. Seramai 36 orang murid Pra Sekolah telah mengikuti konvokesyen kali ke 3 bagi tahun 2012 dan 35 orang murid Tahun 6 mengikuti konvokesyen kali ke pertama di Sekolah Rendah Kuala Belait. Tetamu Kehormat pada hari tersebut iala Cikgu Abdul Malek Bin Datu Maharaja Setia Haji Muhd Simpok, Pemangku Penyelia Kanan Daerah Belait dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan tingkatkan lagi usaha di masa hadapan. MENANDATANGANI REKOD KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BAGI MURID-MURID TAHUN 1 HINGGA 6 - 21 NOVEMBER 201211/21/2012 Penilaian berterusan dan peperiksaan bagi tahun 2012 sudah pun
selesai dan tibalah masa nya untuk mengetahui keputusan anak-anak biskita. Tahniah bagi yang berjaya dan yang kurang berjaya, tingkatkan usaha pada tahun hadapan. Kita berjumpa lagi di hari Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang dan Konvokesyen pada 28 November 2012 di Dewan Ar Rayyan SRKB. Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali ke-3 bagi sukan Sepak Takraw telah diadakan di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait, pada 19 November 2012. SRKB telah menghantar 4 orang murid bagi mewakili sepak takraw Daerah Belait. Di dalam Pesta Sukan tersebut, Daerah Belait memperolehi pingat emas. Tahniah kepada murid-murid yang mewakili dan juga kepada jurulatih, iaitu Cikgu Nyallau dan Awang Runi.
Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali ke-3 bagi sukan Bola Jaring telah di adakan di Stadium Padang dan Balapan, Bandar Seri Begawan pada 19 November 2012. 4 orang murid SRKB telah terpilih bagi mewakili sukan Bola Jaring Daerah Belait. Pada hari tersebut Daerah Belait telah bertemu dengan Daerah Temburong. Daerah Belait menang dengan jaringan 8 - 7. Tahniah kepada semua pemain yang terdiri dari murid-murid SR PSJ PAM dan SRKB. Seramai 160 pelajar dan 15 guru dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan ke Pusat Perhutanan Brunei, Sungai Liang pada 13 dan 14 November 2012. Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti luar pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir tahun dan PSR bagi pelajar tahun 6. Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Awg Jofree bin Haji Ali Ahmad, Pegawai Pusat Perhutanan, Sungai Liang yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Muzuim Perhutanan dan Taman Rekreasi Hutan, Sungai Liang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Perhutanan Sungai Liang yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Seramai 72 pelajar, 6 guru dan 3 ahli PIBG dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat lawatan sambil belajar ke DST Headquarters, Markas Tentera Laut Diraja Brunei dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada 8 November 2012. Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti luar pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir tahun dan PSR bagi pelajar tahun 6. Lawatan ke tempat-tempat tersebut bertujuan menarik minat pelajar tentang kerjaya dalam bidang komunikasi elektronik, penyiaran atau sebagai seorang tentera. Di samping itu, lawatan tersebut dapat memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari pihak DSTComm dan juga dari ABDB Tentera laut. Pelajar juga berkesempatan bertemu bual dengan DJ dari Kristal FM iaitu DJ Yante, Dafi dan Tini. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada DSTComm, ABDB Tentera Laut dan juga Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan tangan yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Kuala Belait. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Timbalan Pengarah "Shika" iaitu Dayang Sufina binti Haji Jumat yang telah memberi minuman dan bag setiap seorang dan menaja sebuah bas bagi lawatan pada hari tersebut. Sesi orientasi untuk Pra Sekolah tahun 2013 telah di adakan selama lima hari bermula dari 8 November hingga 14 November 2012. Seramai 20 orang murid telah mendaftar untuk kemasukkan Pra di Sekolah Rendah Kuala Belait, iaitu 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Taklimat juga di berikan pada 8 November 2012 kepada ibubapa Pra Sekolah bagi tahun 2013.
Tiga murid SRKB, Dyg Nurul Izyan binti Jahari, Dyg Izyan Hazirah binti Zamawi dan Dyg Nurfarahiyah Amirah binti Md Yaakub telah terpilih untuk mengikuti "International Sustainability Camp for Children". Perkhemahan tersebut adalah anjuran bersama SK Tengku Mariam dan Universiti Tun Hussein Onn, Johor, Malaysia. Antara tujuan perkhemahan tersebut ialah mendidik generasi sekarang untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar yang hijau bagi generasi yang akan datang. Mengikuti perkhemahan tersebut ialah Penolong Guru Besar SRKB, Cikgu Risrani binti Abdul Halim.
|