Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali ke-3 bagi sukan Sepak Takraw telah diadakan di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait, pada 19 November 2012. SRKB telah menghantar 4 orang murid bagi mewakili sepak takraw Daerah Belait. Di dalam Pesta Sukan tersebut, Daerah Belait memperolehi pingat emas. Tahniah kepada murid-murid yang mewakili dan juga kepada jurulatih, iaitu Cikgu Nyallau dan Awang Runi.