Sesi orientasi untuk Pra Sekolah tahun 2013 telah di adakan selama lima hari bermula dari 8 November hingga 14 November 2012. Seramai 20 orang murid telah mendaftar untuk kemasukkan Pra di Sekolah Rendah Kuala Belait, iaitu 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Taklimat juga di berikan pada 8 November 2012 kepada ibubapa Pra Sekolah bagi tahun 2013.