LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 5 KE MEGAMAS TRAINING COMPANY SDN BHD - 14 NOVEMBER 201111/13/2011 Murid-murid tahun 5 telah membuat lawatan sambil belajar ke Megamas Company Training Sdn Bhd pada 14 November 2011. Seramai 28 orang murid dan 5 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Banyak yang dapat di pelajari dari lawatan tersebut, terutamanaya dari aspek keselematan di tempat kerja, sekolah mahu pun di luar. Jutaan terima kasih kepada Megamas Training Company Sdn Bhd di atas kesudian memberikan kami peluang keemasan ini.
36 Comments
Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Galeri Kesihatan, Berakas, Royal Regalia, Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Brunei pada 8 November 2011. Seramai 81 orang murid, 9 orang guru dan 4 ahli PIBG telah mengikuti lawatan pada hari tersebut. Lawatan ke Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Daerah Belait adalah merupakan satu aktiviti luar murid-murid tahun 6 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Sijil Rendah pada tahun ini. Dengan adanya lawatan sebegini, murid-murid boleh menambah lagi pengetahuan dan pengalaman. Terima kasih kepada Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Belait kerana sudi memberikan kami peluang ini. Murid-murid tahun 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Brunei Shell Petroleum Aviation Department, Anduki. Lawatan ini bertujuan memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna kepada murid-murid yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Sijil Rendah (P.S.R) 2011. Jutaan terima kasih kepada Brunei Shell Petroleum Aviations Department kerana memberikan kami kesempatan ini. Lawatan ke Biro Mencegah Rasuah Cawangan Kuala Belait, Jalan Sungai Pandan - 12 Oktober 201010/17/2010 Lawatan Ke Biro Mencegah Rasuah Cawangan Kuala Belait Jalan Sungai Pandan pada 12 Oktober 2010, guru-guru serta kakitangan SRKB. |