Lawatan ke Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Daerah Belait adalah merupakan satu aktiviti luar murid-murid tahun 6 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Sijil Rendah pada tahun ini. Dengan adanya lawatan sebegini, murid-murid boleh menambah lagi pengetahuan dan pengalaman. Terima kasih kepada Biro Kawalan Narkotik, Cawangan Belait kerana sudi memberikan kami peluang ini.