Dewan Ar Rayyan yang mula beroperasi pada hari itu telah di rasmikan oleh Cikgu Hajah Siti Ajijah binti Haji Abdullah, Pegawai Diperbantukan, Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait. Majlis Hafflu Ikhtitamil yang beerti majlis penutup sekolah telah di adakan di dewan Ar-Rayyan pada 26 November 2011. Pada hari tersebut Pelancaran Outreach Program dan juga Konvokesyen Pra Sekolah kali ke 2. juga di adakan. Tema Pelancaran Outreach Program ialah "6G's" yang bermakna "6 green". Seramai 23 orang murid Pra Sekolah telah mengikuti konvokesyen kali ke 2 bagi tahun 2011. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan tingkatkan lagi usaha di masa hadapan.