Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 13 April 2013 di Seria Recreation Club, Panaga. Seramai 6 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSJ Pg Abdul Momin. Peserta kategori single lelaki dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya mendapat pingat gangsa. Tahniah kepada Muhammad Indra Ali bin Abdullah.