Murid-murid tahun 5 dan 6 telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Teknologi Melayu, Bubungan 12 dan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada 5 Jun 2012. Seramai 69 orang murid, 7 orang guru dan 6 ahli PIBG telah mengikuti lawatan pada hari tersebut. Lawatan sambil belajar tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menambah pengalaman.
35 Comments
Seramai 12 orang murid telah menyertai Perlawanan Tarik Kalat Tradisi Bagi Daerah Belait pada 2 dan 3 Jun 2012, yang bermula dari jam 7.45 malam. Walaupun hanya mendapat tempat keempat, peserta-peserta telah memberikan yang terbaik. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada ahli PIBG, Awg Ariffin, yang banyak membantu melatih murid-murid bagi perlawanan tersebut. Antara tujuan acara Larian Langkah Sihat SRKB 2012 di adakan ialah untuk melahirkan murid yang cergas dan cerdas agar nanti menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara dan juga memberi peluang kepada semua murid dan PIBG menyertai aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama. Pada hari tersebut, tujuh kategori di sediakan iaitu Kategori Melukis bagi murid Pra Sekolah, Kategori Larian Rendah Bawah Lelaki dan Perempuan, Kategori Larian Rendah Atas Lelaki dan Perempuan dan Kategori Larian PIBG lelaki dan Perempuan. Jauh larian bagi kategori Rendah atas dan PIBG ialah 2.4km manakala jauh larian bagi Rendah Bawah ialah 1.8km. Seramai 62 peserta dari Kategori PIBG lelaki dan perempuan telah mengikuti larian pada hari tersebut. Pada 26 Mei 2012, Sekolah Rendah Kuala Belait telah di kunjungi oleh tiga orang pegawai dari STEP. Pada hari tersebut juga murid-murid rendah atas membuat aktiviti-aktiviti seperti menonton filem "Jewel of the Quest" yang berkaitan dengan penjimatan penggunaan air, menjawab kuiz dan membuat "watering can" daripada botol minuman. Kejohanan olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 19 Mei2012 di Maktab Anthony Abell, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar seramai 28 orang peserta. Sebanyak 3 medal berjaya di perolehi iaitu bagi acara 800m lelaki, 400m perempuan dan lempar cakera perempuan.Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSJ Pg Abdul Momin. Sekolah Rendah Merangking telah mengunjungi ke Sekolah Rendah Kuala Belait pada 17 Mei 2012 jam 8.00 pagi. Seramai 17 murid dan 9 orang guru hadir pada hari lawatan tersebut. Objektif lawatan tersebut adalah untuk berkongsi hasil dapatan Projek "3R's" yang telah di jalankan di Sekolah ini. Murid-murid dari Sekolah Rendah Merangking di beri peluang membuat aktiviti "Waste Audit" seperti yang telah di jalankan oleh murid-murid Sekolah Rendah Kuala Belait. "Speed Maths Challenge" ialah antara aktiviti kesinambungan Program Akademik "Times Whizz". Objektif aktiviti ini ialah memberi peluang untuk bermain sambil belajar subjek Matematik dan juga memupuk sifat bekerjasama antara sesama rakan sekolah. Dalam aktiviti ini murid menyelesaikan soalan-soalan Matematik dari satu stesen ke stesen lain dalam masa yang di tentukan. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari peringkat Pra Sekolah hingga Tahun 6. Murid-murid juga di beri kesempatan untuk menjawab soalan Matematik secara lisan di dalam dewan Ar-Rayyan. Sekolah Rendah Kuala Belait telah membuat aktiviti sempena Hari Bumi dan Hari Buku Sedunia pada 5 Mei 2012. Beberapa aktiviti untuk murid memperingati Hari Bumi dan Hari Buku Sedunia juga telah diadakan seperti membuat lencana "Sayangi Bumi" dan menonton filem "Lorax". Penjualan buku-buku dari Syarikat-syarikat juga diadakan pada hari tersebut. Sekolah Rendah Kuala Belait telah menghantar enam peserta bagi pertandingan My Digital Literacy. Peserta dari Rendah Bawah ialah Dk Roselinda dari Tahun 1, Ak Abdul Ghafor dari Tahun 2 dan Nur Amirah Tahun 3. Manakala peserta-peserta dari Rendah Atas ialah Hafizah Norisha dari Tahun 4, Shafinaz dari Tahun 5 dan Nur Jeslina dari Tahun 6. Walaupun kedua-dua kumpulan telah tidak berjaya tetapi memberikan yang terbaik. Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 April 2012 di Komplek Sukan Mumong. Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki peringkat akhir. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSB SOAS. Tidak lupa juga di ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ahli PIBG sekolah yang banyak membantu melatih murid-murid untuk kejohanan tersebut, Awg Hetta binti Haji Tujoh. |