Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 12 April 2012 di Dewan Batalion 3, Lumut. Seramai 6 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta-peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait tidak berjaya untuk memasuki ke peringkat akhir.
8 Comments
Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 14 Mei 2012 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Seramai 5 orang murid telah di latih untuk mewakili SRKB oleh Guru Pengawas Sepak Takraw iaitu Cikgu Nyallau anak Umpok dan kakitangan sekolah Awang Runi anak Gawang. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Sungai Tali. Peserta-peserta dari Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya untuk memasuki ke peringkat akhir dan mendapat tempat ketiga. Tahniah!
Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 31 Mac 2012 di Komplek Sukan Mumong, Belait. Perlawanan pertama Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Tali dan menang dengan jaringan 4 - 0. Perlawananan kedua Sekolah Rendah Kuala Belait bertemu dengan Sekolah Rendah Sungai Liang juga memperolehi kejayaan dengan jaringan 7 - 0. Perlawanan ketiga Sekolah Rendah Kuala Belait bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS juga memperolehi kejayaan dengan jaringan 8 - 0. Sekolah Rendah Kuala Belait telah berjaya memasuki perlawanan akhir dan bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 7 - 11. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait. Pemain tengah, Dayang Nurul Atikah binti Abdul Rahman telah di pilih sebagai Pemain Terbaik Bola Jaring Daerah Belait tahun 2012. Tahniah kepada pemain-pemain bola jaring SRKB tahun 2012. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga di ucapkan kepada PIBG-PIBG dan semua pihak yang terlibat. Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 22 Februari 2012 di padang Sekolah Rendah PSN Pengiran Muhammad Yusof, Seria. Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin pada 22 Februari 2012. SRKB tewas pada Sekolah Rendah PSJ Pengiran Abdul Momin dengan jaringan 4 - 3. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah Sekolah Rendah PSN Pengiran Muhammad Yusof, Seria. Seramai 21 orang murid SRKB telah menyertai Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait. Kejohanan tersebut telah di adakan di Track and Field Batalion 3, Lumut. Tuan rumah Kejohanan tersebut ialah Sekolah Menengah Chung Hwa, Belait. Peserta-peserta wakil dari SRKB telah berjaya meraih sebanyak 8 medal, 1 medal perak dan 7 lagi medal gangsa. Tahniah di ucapkan kepada yang berjaya, yang telah tewas, jangan putus asa, berusaha lagi. SRKB telah mengadakan Sukan Ria pada 16 April 2011 (Sabtu) bertempat di padang mini SRKB. Beberapa acara telah dijalankan yang melibatkan semua murid dari pra hingga tahun 6 dan tidak terkecuali acara-acara untuk ibubapa dan guru-guru. Kejohanan tersebut di atas telah di jalankan pada 4 dan 5 April 2011 di SR Sungai Tali. SRKB telah tumpas pada SR PSB SOAS dengan jaringan 0 - 1. KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT - TUAN RUMAH SRKB PADA 09 APRIL 20114/25/2011 Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait teleh diadakan pada 9 April 2011 di Komplek Sukan Mumong. Kejohanan tersebut adalah anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan dikendalikan oleh SRKB. Juara hari tersebut ialah SR PSB SOAS. Murid-murid SRKB telah dapat tempat tiga bersama. Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait telah pun berlangsung pada 28 Februari 2011 di padang Sekolah Menengah Perdana Wazir. Sekolah Rendah Kuala Belait telah bertemu dengan Sekolah Rendah PSB SOAS pada 1 Mac 2011. SRKB tewas pada SR PSB SOAS dengan jaringan 0 - 1. Tuan rumah kejohanan tersebut ialah SR PSB SOAS. Setiap hari Sabtu, sewaktu perbarisan pagi, guru-guru yang bertugas akan menjalankan aktiviti senamrobik selama 15minit. Selesai saja dari melakukan senamrobik, semua guru dan murid dari Pra sekolah hingga Tahun 6 di bawa berjalan kaki keluar dari kawasan sekolah menuju ke Tanjung dan masuk semula kawasan sekolah dari pagar belakang sekolah. Aktiviti ini sangat di gemari oleh murid-murid SRKB.
|